Sultan Muhammad IV

Long Senik Ibni Sultan Muhammad III (1899 – 1920)

Long Senik Ibni Sultan Muhammad III (1899 – 1920)

Pada 24 Disember 1915, bersamaan 17 Safar 1334, MAIK telah dimasyhurkan penubuhannya oleh KDYMM Sultan Muhammad IV dalam suatu istiadat gilang gemilang bertempat di hadapan bangunan Pejabat Tanah Kota Bharu (bangunan lama di hadapan Istana Balai Besar sekarang), di hadapan pembesar-pembesar negeri, orang-orang kenamaan, dan disaksikan oleh sebahagian rakyat negeri Kelantan.

Dalam perisytiharan ini, baginda al-Sultan antara lain bertitah;

"Bahawasa di dalam mesyuarat Council pada hari Selasa, 30 Muharram 1334 bersamaan dengan 7 Disember 1915, sesungguhnya telah suka kita mekurniakan kepada anak-anak negeri kita satu majlis yang bernama "Majlis Ugama dan Istiadat Melayu" kerana menimbangkan bagi kebajikan negeri Kelantan. Maka dengan sebab demikian itu, inilah hari yang kita mulai buka Majlis ini kepada pengetahuan anak negeri kita supaya mereka itu mengetahui akan maksud kita kurniakan Majlis ini. Adalah tujuan kita perkataan "ugama" itu ialah tiap-tiap perkara yang mendatangkan muslihat kepada sekalian anak negeri kita lagi menambahkan bagi kebajikan Kelantan. Dan kita kehendaki bagi perkataan "Istiadat Melayu" itu ialah yang melengkapi atas adat dan adab Melayu yang dengan elok dan sayodia diperlihara akan dia mengikut bagaimana peredaran masa....."“

Hubungi Kami

  • Majlis Agama Islam Kelantan,
    Kompleks Balai Islam Darulnaim Lundang 15200 Kota Bharu Kelantan
  • Tel : +609 7481512 | 1-800-88-6060
  • Fak : 09-7442160

Hari Ini 25 | Semalam 32 | Minggu Ini 251 | Bulan Ini 1137 | Keseluruhan 68973

Kubik-Rubik Joomla! Extensions